16:32 0

Pengarah China Kasari Pelakon Disebabkan Katak?


Seorang pelakon TVB China, Jenny Lau mempunyai pengalamannya sendiri ketika menjalani proses pengambaran bagi cerita ‘Heart Road GPS’.

Ketika ini, di negara China heboh dan panas dengan cerita seorang pengarah lelaki, Cheung Wing Ho yang bertindak kasar terhadap Jenny.

Puncanya? Hanya kerana katak!

Dalam cerita itu, terdapat satu adegan di mana Ah Long akan bertindak kasar dan akan menerkup beg plastik yang mempunyai katak ke kepala Jenny.

Namun, Jenny terlalu takutkan katak dan fobia dengan binatang itu.

Berulang kali juga Jenny tidak dapat menghayati wataknya dan adegan tersebut ketika pengambaran cerita itu berlangsung.

Cheung yang ternyata berang kerana Jenny tidak dapat melakonkan adegan itu telah bertindak kasar dengan menerkupkan beg plastik berbau katak ke kepala Jenny dan terus menolak kepala pelakon itu ke dinding.

Jenny ketika itu dilihat menangis teresak-esak dan tidak dapat meneruskan lakonannya walaupun telah diarahkan oleh pengarah cerita itu.

Seorang lagi pelakon lelaki yang berada bersama Jenny ketika proses pengambaran berjalan, Yeung Chiu Ho meluahkan rasanya yang pengarah itu tidak sepatutnya mengasari Jenny.

“Jenny Lau benar-benar sangat takut katak dan pengarah ingin membantunya menghayati watak untuk adegan itu. Tetapi, Cheung telah bertindak kasar dan bercakap dengan nada kasar. Dia tidak sepatutnya melayan wanita dengan cara seperti itu,” kata Yeung.

Bagaimanapun, pengarah yang bersifat panas baran itu akhirnya memohon maaf kepada Jenny. Jenny juga tidak mahu isu itu diperbesarkan dan dihentikan di situ sahaja.

“Saya akui bahawa saya tidak sabar dan nada saya sedikit marah. Selepas itu, saya memohon maaf kepada pelakon itu,” katanya.

Sebelum ini, Cheung pernah juga mengasari pelakon wanita lain ketika dia menjadi penolong pengarah.

Antara pelakon yang pernah mempunyai pengalaman ‘berkasar’ dengannya adalah Charmaine Sheh dan Yoyo Mung.




[mynewshub]

0 comments:

Post a Comment