15 Okt – Pelakon popular, Lisa Surihani memohon maaf kepada peminatnya yang terkilan dengan Lisa yang dikatakan sombong dengan peminat yang ingin mendekatinya ketika di satu lokasi penggambaran.
Menurut Lisa, dia tidak pernah berniat langsung untuk berkelakuan seperti itu dan kesal dengan kejadian itu.
Bagaimanapun, Lisa tidak menyalahkan peminat-peminatnya, sebaliknya berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.
"Secara jujurnya saya tidak berniat untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.
"Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran, tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.
"Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya," ujarnya.
Isteri kepada pengarah serta pelakon terkenal Yusry Abdul Halim ini menegaskan bahawa dia tidak menyalahkan peminat dan sangat berharap dapat memenuhi permintaan itu tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan bimbang akan menganggu proses penggambaran.
Jelas Lisa yang mempunyai seramai 2.1 juta peminat di Facebook, ketika itu dia berasa serba salah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya dan tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi.
Tambahnya lagi, walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat, sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa mereka.
0 comments:
Post a Comment