20:00 0

Gempar! Lelaki terkejut kekasihnya jantan.


sekadar gambar hiasan

Miri : Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia bersama pasangannya berkecai apabila secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan disini.

Pekerja syarikat swasta yang berumur 26 tahun itu turut mendakwa telah mengalami kerugian sebanyak  kira-kira RM 30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih yang dikenalinya sejak setahun yang lalu.



Menurut sumber,lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya itu yang berusia 20 tahun sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung di pusat hiburan tersebut.

Dia sangat terkejut dengan perkara itu meminta dan mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui dia merupakan pondan.

Apabila lelaki itu terasa tertipu dengan perbuatan kekasihnya, dia telah pergi ke balai polis yang berdekatan dan membuat laporan polis, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya apabila rahsianya terbongkar. Pihak polis memberitahu pihaknya menerima laporan kes itu.

- harian metro

0 comments:

Post a Comment