19:21 0

Top 10 restoran paling pelik di dunia.





Top 10 restoran paling pelik di dunia.

carian:
Top 10 restoran paling pelik di dunia.
restoran paling pelik di dunia
restoran pelik di dunia
restoran pelik
restoran paling pelik
Top 10 restoran paling pelik di dunia

Jom layan, terdapat banyak restoren pelik di dunia ini.

Pelbagai gaya dan tema digunakan untuk menarik perhatian para pengunjung ke restoren mereka.

Disini kami kongsikan 10 top restoren yang dikatakan paling pelik di dunia berdasarkan tema mereka.

canibal, puih

1. Cannibalistic Restaurant ( Japan )

“Nyotaimori” yang bermaksud 'female body plate' adalah salah satu nama restoran di Jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di tubuh mayat wanita. Tubuh mayat ini dibuat dari makanan dan diletakkan di meja operasi seperti di bilik bedah. Pengunjung boleh memakan mana mana bahagian tubuh yang mereka mahu. Tubuh yang dipotong akan mengeluarkan darah, sama seperti potongan tubuh manusia yang sebenar. 

-------------------------------------------------------------------

toilet, najis goreng satu


2 Toilet Restaurant ( Taiwan ) 

Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung ( Taiwan ) menyediakan 'suasana tandas' bagi pelanggannya. Dekorasi ruangan, kerusi dan tempat makan yang digunakan umpamas seperti di toilet. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yang disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yang di design seperti tandas duduk. Makanan yang disajikan di sini bukan sekadar sedap, tapi juga memberikan sensasi sendiri bagi pengunjungnya. 


-------------------------------------------------------------------
sky

3. Restaurant in the Sky ( Belgium ) 

Dinner in the Sky adalah salah satu restoran di Brussels yang menyediakan tempat makan untuk 22 orang. Tentu saja di ketinggian 150 kaki !!! Tempat makan di reka khusus supaya mudah diangkat menggunakan crane. Pengunjung bebas menentukan lokasi ketinggian yang diminati, asal jangan sampai menjatuhkan garpu dan pisau 


-------------------------------------------------------------------
tak nampak weh

4. Dark Restaurant ( China ) 

Restoran kegelapan terletak di Beijing, China. Semua rekaan restoran benar-benar berwarna hitam. Pengunjung yang datang akan dilayan oleh pelayan yang sudah dilengkapi dengan teropong malam ke meja makan. Henfon tidak dibenarkan dibawa ke restoran ini. Oleh kerana tidak dapat melihat makanan yang dihidangkan, pengunjung benar-benar merasakan makanan yang tidak pernah dimakan sebelumnya di restoran ini. 



-------------------------------------------------------------------
kubur pun boley

5. Restaurant Kuburan ( India )

Restoran yang terletak di Ahmadabad India ini terkenal dengan menu teh susu, roti gulung dan kuburan di antara meja. Pemilik restoran mengaku telah membuka restoran ini turun temurun selama 4 dekad, tapi tidak tahu siapa jenazah yang terkubur di bawah kuburan ini 


-------------------------------------------------------------------
sape kena bunuh ari ni?

6. Restaurant di Penjara ( Italy )

Restoran ini terletak di tempat yang paling-paling selamat, yaitu penjara Fortezza Medicea di Italy. Dekorasi restoran ini adalah penjara tempat pembunuhan yang dilengkapi dengan tembok setinggi 60 kaki, menara pengawas, security kemera yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi juga dengan penjaga penjara dengan senjata lengkap. 


-------------------------------------------------------------------
robocop

7. Restaurant Robot ( China ) 

Kenapa dinamakan robot ? karena restoran ini buka sepanjang hari selama 21 jam tanpa mengenal lelah. Pengelola restoran juga sekali pandang nampak macam kembar, namun ini adalah pasangan suami istri kembar seiras ! Orang-orang sekitar menyebutnya ” robot couple restaurant ” kerana mereka melihat orang yang sama bekerja seperti robot dalam menjalankan restoran dari jam 5 pagi sampai jam 3 dini hari. Jadi dapatlah nama restoran Robot


-------------------------------------------------------------------
nice bawah air

8. Restaurant bawah laut ( Maldives ) 

Restoran bawah laut pertama diperkenalkan di Hilton Maldives Resort & Spa, April 2007. Restoranbernama Ithaa ( baca eet-ha ) bermaksud Pearl dalam bahasa Maldives, Dhivehi, berada 5 meter di bawah Laut Hindi yang dikelilingi oleh batu karang dan panorama bawah laut. Ini adalah restoran pertama untuk kategori bawah laut. 


-------------------------------------------------------------------
bodoh

9. Condom Restaurant ( Thailand )

Cabbages dan Condoms adalah nama restoran di Thailand. Ada banyak kondom di dinding2 dan lukisan kondom di karpet. Setelah makan, pengunjung akan diberi kondom di meja cashier . Keuntungan dari restoran ini digunakan untuk membantu yayasan Population and Community Development Association ( PDA )


-------------------------------------------------------------------
hai nurse

10. Medical Restaurant ( Taipei ) 

D.S Music Restaurant di Taipei, Taiwan adalah restoran dengansuasana media. Dekorasi ruangan seperti hospital, pelayanannya berpakaian seperti nurse, dan botol minumnya juga disalurkan dari kantung drip.

0 comments:

Post a Comment