14:16 0

My Chemical Romance Berpecah

My Chemical Romance Berpecah

My Chemical Romance mengejutkan peminat-peminatnya apabila mengumumkan perpecahan kumpulan itu kelmarin.cMy Chemical Romance dianggotai oleh Ray Toro, Frank Iero, Mikey Way dan Gerard Way dan antara lagu hitnya adalah  lagu Welcome To The Black Parade.

Mengumumkan perpecahan menerusi laman web mereka, band itu memberitahu bahawa tempoh 12 tahun lalu merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dibayangkan.

“Berada dalam band ini selama 12 tahun adalah satu rahmat. Kami dapat pergi ke tempat-tempat yang kami tak tahu kami akan pergi, berjumpa dan melalui pengalaman yang kami tidak sangka.

“Kami telah berkongsi pentas dengan orang yang kami kagumi, hormati dan yang terbaik, serta kawan kita. Sekarang, sudah tiba masa untuk kami tamatkan semua ini. Terima kasih atas semua sokongan anda dan juga kerana menjadi sebahagian daripada pengembaraan kami,”

Band ini telah mengeluarkan keseluruhan lima album studio.

0 comments:

Post a Comment