Georgetown: Seorang pemilik rumah cedera di muka dan badan apabila dibelasah seorang lelaki dengan sebatang rotan di hadapan rumahnya di Tanjung Tokong, di sini Khamis, lalu.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun ternampak seorang lelaki berusia 30-an yang tidak dikenali berdiri di depan rumahnya dan mengesyaki lelaki itu mahu melakukan kegiatan jenayah. Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan, suspek tidak berniat melakukan apa-apa kegiatan jenayah sebaliknya ternampak burung masuk rumah mangsa dan berdiri di depan rumah itu.
Menurutnya, mangsa yang terlihat kelibat suspek di depan rumahnya menjerit sambil menyatakan lelaki itu mahu melakukan kegiatan pecah rumah menyebabkan suspek berang.
Katanya, akibat berang tindakan mangsa, suspek mengambil sebatang rotan dan memukul bertubi-tubi sehingga dia cedera di muka, badan dan pipi selain dahi kanan dan mulut sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
0 comments:
Post a Comment