18:11 0

Nabila Huda Dan Nas-T Bercinta?


Nabila Huda Akui Hubungan Dengan Nas-T, Ada Perasaan Rindu Antara Mereka



Bercakap kepada GUA hari ini, Nabila Huda mengakui yang mereka berdua saling menyimpan perasaan ketika aktress ini terbang ke Brunei untuk urusan kerja selama tiga hari baru baru ini.

“Waktu saya ke Brunei, entah kenapa rasa seperti kehilangan. Rupanya Nas-T juga merasakan hal yang sama,” jelas Nabila Huda.

“Saya bukan senang nak jatuh cinta tapi sifat Nas-T begitu menyenangkan dan cool membuatkan saya tertarik dengan dia. Saya tidak suka orang yang mengongkong hidup saya dan sebagainya. Tapi Nas-T seorang yang begitu memahami saya”

“Dalam sesuatu hubungan, komunikasi itu penting. Saya sangat bahagia ketika bersama Nas-T kerana pasti ada saja benda yang ingin dibualkan. Lagi-lagi kami berdua memang banyak cakap dan masing-masing kepala gila”

Menurut Nabila Huda, mereka berdua sentiasa bersedia untuk mendirikan rumahtangga tetapi tidak mahu terburu buru dalam hubungan mereka.



0 comments:

Post a Comment