Seperti mana pasangan yang sudah berkahwin sudah tentu mengidamkan cahaya mata bagi menyerikan lagi dunia rumah tangga. Tambahan pula jika pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun tetapi lambat atau sukar mendapat cahaya mata. Seperti aku yang berkahwin hampir dua tahun kini sah hamil 5 bulan (21 minggu ). Sudah tentu la rasa gembira sebab dah lama menunggu nak timang cahaya mata sendiri. Tapi pada mulanya aku tak yakin pun aku mengandung pergi check betul rupanya. Setiap wanita atau bakal ibu akan mengalami pelbagai alahan dan setiap alahan berbeza-beza terhadap wanita.
Pengalaman pertama yang jadi pada aku mesti la mual-mual dan muntah masa tu tak lalu nak makan berat pun susut sikit. Kepala asyik sakit dan pening-pening yang teruk melanda. Pergi kerja pun rasa malas. Morning sickness ni salu terjadi pada aku masa waktu tenghari sampai la ke malam. Masuk ke bulan ke 4 mengandung baru lah muntah-muntah ni berhenti.
Langit tak selalu cerah, aku ingatkan tamat la sensara daripada alahan muntah tapi tidak. Menjangkau usia kandungan 4 bulan aku mengalami alahan selsema yang teruk. Apabila terkena debu atau habuk terus bersin dan hinggus pun meleleh tak berhenti sampai rasa senak kepala dan pening. Antara ubat yang selamat untuk di ambil waktu keadaan ni datang ialah Loratadine.
Apabila kandungan aku masuk saja 20 minggu (5 bulan), selema datang bertalu-talu dan tak di sangka pula kayap datang hinggap kat bibir aku yang comel ni. Sakit dia pedih mencucuk-cucuk. Kalau anda yang tidak tahu, kayap ni sebenarnya tergolong dalam jenis virus yang sama dengan virus chicken pox, atau lebih di kenali sebagai cacar air. Penyebab utama terjadinya kayap ni pada wanita yang mengandung kerana antibodi ibu hamil rendah dan risiko untuk mengalami apa jua jenis penyakit amat lah tinggi. Virus herpes zoites yang dominant dalam badan sesorang itu akan menyerang apabila antibodinya lemah dan itu yang jadi pada aku.
Selain itu, ada sejenis penyakit yang amatlah aku tak suka iaitu bengkak kelenjar bartholin. Ramai masyarakat malaysia tidak tahu tentang penyakit ini kerana tidak banyak masyarakat kita yang menghidapinya. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi bagi menghasilkan cecair sebagai pelincir alami apabila seseorang wanita terangsang nafsunya. Pada 1 september 2011 aku pernah operate untuk buang cecair yang tersumbat tu. Ingatkan tak berulang kembali tapi sekarang ni kembali bengkak risau aku di buatnya. Setakat ni sajalah alahan dan penyakit yang aku hidap sepanjang 5bulan mengandung.
0 comments:
Post a Comment