21:46 0

Saya Sudah Dihalau Rumah, Ibu Hanya Pentingkan Duit - Afiq Muiz

 Saya Sudah Dihalau Rumah, Ibu Hanya Pentingkan Duit  - Afiq Muiz


 Selepas ibu Afiq membuat kenyataan [ Afiq Anak Derhaka - Ibu]
Petang tadi, Afiq Muiz telah membuat sidang media di Subang Parade untuk menjelaskan perkara sebenar. Macam Cerekarama pula kisah keluarga Afiq Muiz ini.

Menurut Afiq, dia sudah dihalau keluar dari rumah dan dimaki hamun oleh ibunya. Kata Afiq:-
Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa. Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah

Tambah Afiq lagi, ibunya tidak pernah bertanya khabar tentang dirinya. Sebaliknya hanya bertanya mengenai duit sahaja. Kata Afiq:-
Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam.
Saya bukan cerita semua ini bukannya sebab saya nak tentang ibu saya. Tapi saya tak faham kenapa ibu saya boleh cerita masalah keluarga kami pada orang lain. Apa salah Eina sampai kena tuduh sebegitu rupa? Apa salah saya sampai kena halau? Sampai ibu saya pernah kata tempat saya adalah di neraka jahanam. Saya mahukan kasih sayang, kalau ibu saya sayang saya, ibu saya takkan burukkan saya. Saya tak perlu sebut apa yang dah saya berikan pada keluarga saya, sebab nanti orang cakap saya mengungkit pula

0 comments:

Post a Comment