16:55 0

Eina Azman Nafi Bersekedudukan, Cabar Ibu Afiq


 Eina Azman Nafi Bersekedudukan, Cabar Ibu Afiq

"Cerita mengenai mesej yang berbaur ugutan itu tidak benar sama sekali. Saya cabar ibu Afiq tunjukkan bukti kalau ada. Perkara itu adalah fitnah semata-mata. Malah sebenarnya adik-adik Afiq yang buat ugutan di Twitter, tujukan kepada saya. Saya juga menafikan khabar angin yang mengatakan saya bersekedudukan dengan Afiq. Semuanya adalah tidak benar. Saya masih ada keluarga dan saya kini tinggal bersama keluarga. Saya sudah lama sangat pendam semua ini. Tetapi apabila perkara ini terjadi, saya tidak boleh berdiam diri lagi," ujar Eina meluahkan perasaan.

Baca juga [klik sini : Afiq Dedah SMS kasar ibunya ]
Baca juga [klik sini : kenyataan ibu saudara Afiq Muiz]

Dedah Eina lagi, dia juga pernah dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat tertekan dengan situasi yang sedang dihadapinya. Tambahnya lagi, dia dan Afiq tidak pernah memburuk-burukkan ibu Afiq dan adik-adiknya di laman Twitter.



Eina Dan Afiq Tak Akan Berkahwin Kalau Tiada Restu keluarga

Sementara itu, Ibu Eina, Amy Roshaida yang turut hadir dalam sidang media itu turut mengesahkan anaknya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan Afiq.

"Saya ibu Eina, saya tahu anak saya. Mereka tak bercinta, tetapi hanya teman rapat. Afiq selalu menceritakan permasalahan keluarganya kepada kami. Apa-apa pun, saya tetap menasihatkan Afiq pulang ke pangkuan ibunya. Walau apa pun terjadi, dia tetap ibu Afiq. Kalau betul pun Eina dengan Afiq bercinta, saya tak nak kerana saya tak mahu perkahwinan mereka tidak direstui," luah ibu Eina.

0 comments:

Post a Comment