Pasti ramai yang sudah mengetahui tentang isu khalwat Shah Jaszle bukan? Namun, isu ini tidak tamat di sini kerana setelah munculnya seorang wanita yang mendakwa dia adalah kekasih gelap Shah Jaszle
yang di tangkap khalwat bersama telah menimbulkan satu lagi kontroversi.
Pelakon itu ( Shah Jaszle) mendakwa bahawa wanita ( Farah) itu seorang psiko yang mahu menjatuhkan maruahnya.
Bercakap pada Harian Metro, wanita tersebut yang mahu di’kenali sebagai Farah menyangkal dakwaan Shahz Jaszle dan mendakwa itu hanya kenyataan untuk menyelamatkan diri & menutup sikap curang beliau.
“Dakwaan kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau & saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan,” kata Farah yang bekerja di sektor perbankan.
“Banyak kali dia mengatakan dia tidak bahagia dengan tunangnya yang diaturkan keluarga. Malah Shahz berjanji untuk meninggalkan tunangnya untuk bersama saya”
“Itulah alasan saya berani mengambil risiko untuk bersamanya & kami sudah menjalin hubungan lebih kurang sebulan. Selama itu juga Shahz bermalam di rumah saya — pihak Jabatan Agama Islam Selangir (JAIS) sendiri ada menyimpan rekod laporan tangkapan kami yang Shahz ada menyebut merancang mengahwini saya”
Farah juga menyebut yang beliau tidak teragak untuk membawa semua bukti & saksi yang mereka memang bercinta untuk membersihkan nama sendiri dan juga keluarganya selain mencabar Shahz Jaszle untuk bersemuka dengan media bersama sama jika kata kata pelakon itu benar.
0 comments:
Post a Comment