09:23 0

Shila Amzah Komen Hubungan Sharnaaz dan Elfaiza Ul Huq


Shila Amzah mengulas isu berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan kini amat rapat Elfaiza Ul Huq, pelakon Singapoura yang popular dengan drama Adam & Hawa.

 "Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja. "Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja," katanya.

Tambah Shila, dia tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut berikutan banyak laman web dan laman sosial yang tidak dibenarkan oleh negara tersebut.

 "Banyak laman web yang diharamkan di China, jadi saya kurang ambil tahu. Kadang-kadang berita industri hiburan Malaysia pun saya tertinggal," katanya.

Walaubagaimanapun, Shila akui jiwanya kini lebih tenteram dan bahagia dengan kehidupan dan persekitaran kerja yang baru di China.
-mstar-

0 comments:

Post a Comment