09:49 0

Tipu Helah Keluarga Shah Jaszle Dibongkar Abang Sulung Redzwani


Selepas Melodi menyiarkan temubual eksklusif dengan pasangan khalwat Shah bernama Farah, pelbagai berita dan andaian telah tersebar. Namun kini secara rasmi, hubungan pasangan tunang Shah Jaszle dan Redzwani telah SAH PUTUS.


Semalam ada laporan mengatakan ibu Shah Jaszle membuat kenyataan bahawa hubungan anaknya hanya akan diketahui setelah keputusan mahkamah dan ada juga status di twitter yang menunjukkan hubungan anaknya dan Redzwani masih bersama.

Berita Harian melaporkan abang sulung Redzwani yang bernama Redzwan Najib telah menyangkal dakwaan ibu Shah, sekaligus mengesahkan yang pertunangan tersebut sememangnya telah putus pada 10 Jun lepas.

   " Saya mewakili kedua-dua ibu bapa mengesahkan pertunangan Puteri dengan pelakon itu telah diputuskan 10 Jun lalu. Pertemuan itu hanya membabitkan ibu bapa saya dengan keluarga Shahz.


    Pada malam berkenaan, keluarga saya telah memulangkan dua bentuk cincin. Keluarga mereka ada merayu kepada kedua ibu bapa saya supaya menangguhkan hasrat itu sehingga kes mahkamah selesai, tetapi bapa tidak mahu mempunyai sebarang ikatan dengan pelakon itu lagi."

Menurut Najib, bapanya telah ke pejabat JAIS dan membaca kenyataan Shahz berhubung penangkapan tersebut. Najib turut ada semasa Shahz bersemuka dengan Farah di tempat kerja Farah, dan memberitahu yang Shahz ada merayu kepadanya agar kisah putus tunang beliau dan Puteri tidak dihebahkan kepada media.

Seterusnya beliau menambah bahawa sebarang usaha untuk memulihkan hubungan adiknya dan Shahz tidak akan terjadi dan keluarga Puteri sepakat bahawa mereka tidak mahu hubungan tersebut terjalin semula.

Menurut Najib lagi, dia ada bertanya pada Puteri tentang status Twitter adiknya itu yang membayangkan seolah-olah mereka masih bersama, dan Puteri memberitahu bahawa status itu ditulis oleh Shahz yang menceroboh ke Twitternya kerana dia mengetahui kata laluan kepada akaun Twitter Puteri.

0 comments:

Post a Comment