10:31 0

Ashraf Muslim Tarik Diri Dari Sertai Forum, Elak Jumpa Media

Pelakon Ashraf Muslim, 36, telah menarik diri pada saat akhir daripada menjadi panel jemputan bagi forum Bicara Cinta Anak Muda, Bersihkan Hati Sucikan Jiwa di perkarangan Busana Mall Mara, Sabtu.

Keadaan itu telah membuatkan Ashraf dilihat seperti cuba untuk melarikan diri daripada pihak media bagi menjawab persoalan mengenai kontroversi dia berkahwin lagi.

Menurut editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sudah dua minggu lalu Ashraf diundang sebagai salah seorang panel jemputan dan dia telah bersetuju untuk memberikan kerjasama. Namun apabila ingin mengesahkan kehadiran Ashraf pada Jumaat lalu, pelakon itu gagal dihubungi.

"Pada mulanya Ashraf telah bersetuju menyertai forum yang dianjurkan. Kemudian pada Jumaat lalu ketika ingin mendapatkan pengesahannya untuk hadir ke forum ini dia langsung tidak menjawab panggilan.

"Sehinggalah pada hari ini (Sabtu), kira-kira pukul 2.30 petang sebelum forum bermula, barulah dia menjawab panggilan kami dan berkata dia tidak dapat hadir kerana demam," katanya yang ditemui selepas acara forum tersebut.

Selain Ashraf, moderator, Amin Idris, Sham (Kamikaze) dan Ustaz Iqbal Abdullah merupakan barisan panel forum anjuran majalah i dengan kerjasama oleh Bank Muamalat. -matR-

0 comments:

Post a Comment