Beto pernah jadi driver Erma Fatima
Jika sebelum ini Beto Kusyairy,33 atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan bin Osman pernah mendedahkan cerita bahawa dia pernah menjadi maskot untuk rancangan kanak-kanak ALONG yang memerlukannya menyarungkan sut panas berupa seekor kucing sebelum dia aktif berlakon, rupa-rupanya dia juga pernah menjadi pemandu atau drebar kepada seorang pengarah terkenal, Erma Fatima.
"Dulu ketika belajar Diploma Perhotelan di UiTM Shah Alam, saya sering menggunakan masa cuti saya bekerja untuk mencari wang saku. Antara pekerjaan yang sering saya lakukan adalah bekerja bersama produksi filem.
"Ada sekali penggambaran itu saya telah ditugaskan menjadi pemandu untuk Erma Fatima datang dan pulang dari lokasi."
Kini Beto merupakan antara pelakon yang hebat. Susah-susah dahulu senang kemudian.
0 comments:
Post a Comment