12:53 0

Latar belakang Rozita Che Wan

Kenali latar belakang kekasih Zain Saidin, Rozita Che Wan. Mereka bercadang untuk bernikah pada bulan Disember tahun ini.

Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005 bersama adiknya, Ayu Raudhah. Namun sebelum itu dia pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun.

Drama pertama lakonannya ialah Cinta Terhalang. Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 50 judul drama TV. Bagi 2007, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama.

Antara drama lakonan beliau ialah Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2. Selain itu, belaiau juga terlibat dalam bidang pengiklanan seperti iklan Petronas, iklan 999, iklan Rorine dan sebagainya.

Nama penuh : Rozita Abu Bakar @ Che Wan 
Tarikh lahir : 9 Mac 1974 
Asal : Alor Setar, Kedah. Merupakan anak ke 2 daripada 7 adik beradik. 
Pekerjaan terdahulu : Pramugari Penerbangan Malaysia ( MAS ) pada 1992-1996.

Menyertai kegiatan modeling selama 6 bulan 

Perkahwinan terdahulu : Azuar Effendy Zulkaply, seorang juruterbang MAS. 

Tarikh nikah : 26 Ogos 1995, bercerai pada 8 Mei 2003. 

Anak : Ammar Effendy, Aniq Ezzra



0 comments:

Post a Comment