Pelakon Tasha Shilla mengakui terpaksa menolak watak-watak antagonis
yang boleh menjejaskan maruah keluarga atas permintaan bapanya.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata,
dia hanya menerima watak jahat dan antagonis yang mempu memberi
kesedaran kepada penonton.
"Bapa saya tidak benarkan saya bawa watak perempuan jahat seperti
pelacur dan kaki disko yang mana tiada pengajaran yang ingin ditonjolkan
kepada penonton.
"Saya juga tidak mahu penonton sendiri terpengaruh atau berasa bangga
berperangai seperti itu, tapi jika jalan cerita tersebut ada pengajaran
diakhirnya itu tidak mengapa," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambahnya, dia kini lebih memilih dalam menerima sebarang tawaran drama atau telefilem yang bakal dilakonkan.
"Ya, sebelum menerima mana-mana watak saya lihat dulu skrip dan
kekuatan cerita tersebut, bagaimanapun saya tidak memilih watak utama
atau tidak sebaliknya kesan kepada penonton," katanya.
-mstar-
0 comments:
Post a Comment