Kalau sebelum ini pelakon Hanez Suraya sendiri pernah memberitahu Malaysian Digest, bahwa dia masih sayang pada bekas teman lelakinya Awi Rafael. Namun mereka kini memberi ruang dan ingin ‘membawa’ diri masing-masing. Memetik kenyataan di Kosmo!, Awi pula berkata sejak putus cinta dengan kekasihnya selama setahun itu kehidupannya bertambah sunyi. Namun, sudah tiada jodoh antara mereka, Awi pasrah kerana itu merupakan keputusan terbaik buat mereka berdua.
“Sejak kami berpisah saya belum pernah bersemuka dengannya. Memanglah rasa sunyi tetapi kehidupan harus diteruskan. Sekarang masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya dan sebelum putus kami jarang dapat berjumpa kerana jadual kerja yang padat,” katanya.
Menjawab persoalan mengapa dia lebih banyak mengambil sikap mendiamkan diri berbanding Hanez yang bersuara terlebih dahulu tentang keretakan hubungan mereka, ini jawapan Awi.
“Sebagai lelaki saya rasa lebih baik mendiamkan diri daripada bercerita dan saya juga harus menghormati Hanez kerana dia wanita yang pernah hadir dalam hidup saya.
“Tidak adil untuknya jika saya bercakap terlebih dahulu tentang keretakan hubungan kami kerana keputusan itu diambil secara bersama. Saya perlukan masa yang sesuai, jadi selepas Hanez mengeluarkan kenyataan barulah saya berbuat demikian.
“Walaupun begitu, kami tidak bermasam muka kerana kami masih baik sebagai kawan dan tidak ada sebarang masalah jika terserempak dalam mana-mana majlis hiburan” katanya yang belum bersedia mencari cibta baru sebaliknyaa mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya.
0 comments:
Post a Comment