Searching...
11:22 0

Muar, Bukit Rambai di landa jerebu


KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) Bukit Rambai, Melaka dan Muar, Johor masih lagi mencatatkan indeks tidak sihat sebanyak 115 (Muar) dan 116 (Bukit Rambai) menjadikan keseluruhan adalah tiga kawasan setakat ini.

Menurut Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya sehingga jam 8 pagi tadi menunjukkan IPU Pelabuhan Klang juga mencatatkan nilai 105 yang meletakkan kawasan itu sebagai tidak sihat.
Sementara itu, kualiti udara bagi empat kawasan turut menghampiri status tidak sihat iaitu kawasan Banting, IPU yang dicatatkan adalah 91 manakala bagi kawasan Putrajaya, Shah Alam dan Nilai adalah 90. Sebanyak 31 kawasan mencatatkan IPU sederhana diantara 51 hingga 100 dan baki lima kawasan mencatatkan kualiti udara yang sihat iaitu Sandakan, Tawau, Sarikei, Sibu dan Sri Aman.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan semalam, memaklumkan jerebu yang melanda semula negara khususnya di sekitar pantai Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka berlaku untuk tempoh singkat, susulan perubahan corak tiupan angin.

0 comments:

Post a Comment