23:45 0

Beli Biskut Paling Banyak, Dapat Jemputan Ke Majlis Kahwin Rozita Che Wan dan Zain



Beli Biskut Paling Banyak, Dapat Jemputan Ke Majlis Kahwin Rozita Che Wan dan Zain

Untuk melariskan penjualan biskutnya, Zain menawarkan tempat duduk ke majlis perkahwinannya dengan Rozita Che Wan yang bakal berlangsung Disember ini.



Untuk makluman, di bulan Ramadhan ini, Zain Saidin menjual 22 jenis biskut raya. 5 pembeli biskutnya yang paling banyak akan diberi peluang untuk hadir ke rumah terbuka Aidilfitrinya. Sementara 3 daripada 5 pembeli terbanyak, akan dapat menghadiri majlis perkahwinannya kelak.

"Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Cik Ta (Rozita) nanti" kata Zain.

Jadi siapa nak datang ke rumah terbuka dan majlis perkahwinan mereka pergilah beli kuih raya itu secepat mungkin :)

0 comments:

Post a Comment