02:07 2

Penjenayah Paling Berbahaya



Penjenayah Paling Berbahaya - USA 


MEMETIK laporan Time Magazine, penjenayah paling berbahaya di dunia kini adalah Ibrahim al Asiri.

Beliau juga dikenali sebagai "Abu Saleh" dan dilahirkan pada April 1982 di Arab Saudi dalam keluarga yang alim agama dan mempunyai pertalian keluarga ketenteraan yang kuat.

 Dia adalah pakar pembuat bom untuk pergerakan al-Qaeda di Semenanjung Arab.

 “Dia adalah orang utama,” jelas salah seorang pegawai anti-pengganas US kepada Time. Al-Asiri dikatakan ‘mastermind’ disebalik cubaan pembunuhan pegawai tertinggi anti-pengganas Arab Saudi pada 2009, kegagalan serangan pesawat pada Krismas 2009 dan cubaan meletupkan dua pesawat kargo pada Oktober 2010.


Pada penghujung Julai, Ketua Pentadbiran Logistik US telah mendedahkan informasi terbaru berkenaan Asiri yang mahir menggunakan alatan peledak baharu yang sukar untuk dikesan.

Al-Asiri dikatakan mencipta peledak tersebut bagi tujuan serangan pada Mei 2012 sewaktu ulangtahun peringatan kematian Osama Bin Laden.

Namun, cubaan tersebut gagal apabila bom itu berjaya dirampas oleh agen dan diserahkan kepada FBI. Malah, pihak pentadbiran Obama turut mengakui turut terbunuh tiga warga US serta beberapa warga Yaman sewaktu misi memburu Al-Asiri.

 Kini, sama ada ‘orang-orang kuat’ al-Qaeda telah mati, ditangkap atau bersembunyi masih menjadi persoalan. -mynewshub-






2 comments:

  1. ni bukan penjenayah bodoh,,
    ni jihat nama nya,,

    ReplyDelete
  2. Astafirlah... knp lah umat kite ni mudah ditipu, Al-Qaeda ni kan ciptaan America dan Israel sbagai alasan untk menjajah negara islam dan menanamkan benci manusia seluruh dunia kpd Islam, yang kte percaya kpd America tu buat ape, dah mmg dunia akhir zaman, fitnah berleluasa, harap admin delete post ni, jgn admin jd salah seorang penyebar fitnah.

    ReplyDelete