13:29 0

Bilik persalinan di arah tutup dengan segera


Kementerian Pendidikan sudah mengarahkan bilik persalinan yang digunakan oleh Sekolah Kebangsaan Sri Pristana di Sungai Buloh untuk murid sekolah itu makan pada waktu rehat ditutup serta-merta.
Sekolah itu dikehendaki menyediakan sebuah bilik yang lebih selesa untuk murid-murid bukan Islam makan ketika waktu rehat berikutan kantin sekolah yang tidak boleh digunakan kerana sedang diubahsuai.
--> Gambar Ahli PIBG, wartawan dan guru makan berbuka di bilik persalinan [ baca sini ]
Selain itu, setelah menjadi isu panas sejak semalam, akhbar Harian Metro (HM) hari ini menyiarkan reaksi guru besar Mohamad Nasir Mohd Nor, berkenaan tindakan pengurusan sekolah tentang isu itu.
Memetik laporan HM, beliau berkata bilik itu sebenarnya bukan tandas seperti didakwa dan ia adalah sebuah bilik persalinan yang belum pernah pun digunakan dan ia baru dibina.
Ia hanya mula digunakan sebagai tempat makan sejak bulan Mac lalu oleh semua pelajar dan tidak hanya pelajar bukan Islam.
Bilik itu terpaksa digunakan kerana kantin sekolah tidak dapat menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai.
“Saya tidak menyangka isu ini menjadi sensitif. Bilik itu sebenarnya tidak digunakan oleh pelajar bukan Islam sahaja tetapi oleh semua pelajar sejak Mac lalu.
“Bilik persalinan itu tidak pernah digunakan langsung dan hanya dibuka selepas kantin sekolah tidak dapat menampung 1,000 orang pelajar ketika waktu rehat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superitendan Junaidi Bujang berkata pihaknya menerima laporan mengenai sebuah sekolah yang dikatakan memaksa muridnya makan di dalam bilik air.
“Laporan dibuat ke atas guru besar sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber rujukan : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment