Wartawan, Mazidulakmal telah membuat tinjauan bersama PIBG ke sekolah terbabit yang dikatakan memaksa pelajarnya makan di tandas.
Tandas itu sebenarnya bilik persalinan yang bersih, cantik dan eksklusif.
"Sewaktu
meninjau ruang di bilik persalinan terbabit bersama wakil Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, PIBG serta kakitangan sekolah, kami terlewat untuk
pulang ke rumah. Jadi kami membuat keputusan berbuka di ruang sama
selepas doa dibacakan. Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami
berselera makan selepas sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.
Gambar di bawah dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK Sri Pristina, Hussein Mohd Ariff.
"Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah anggap sebagai tandas," kata Hussein.
- Pelajar dipaksa makan dalam toilet [BACA SINI]
0 comments:
Post a Comment