Searching...
21:17 0

Sebab Sebenar Pelajar Makan Di Bilik Persalinan

Setelah timbul isu makan di toilet atau lebih tepat bilik persalinan [baca sini], ramai masih menunggu kenyataan dari pihak sekolah ataupun pihak bertanggungjawab.

Salah satu kenyataan :

Sementara itu pihak PIBG,guru-guru dan wakil wartawan telahpun berbuka di "toilet" itu, dan sememangnya tiada masalah seperti yang di adu oleh segelintir pihak {BACA SINI}

Walau bagaimanapun, kenyataan mempertahankan diri dari pihak sekolah terbabit sekali lagi dipertikaikan oleh ibu bapa pelajar -terbabit dengan alasan:-
1) Bilik persalinan sekalipun tidak sesuai untuk dijadikan tempat makan.
2) Bilik persalinan itu terletak bersebelahan dengan tandas.
3) Takde bilik lain ke seperti bilik darjah kosong,pondok ataupun tumpang sekejap bilik makan guru?
4) Ibu bapa dakwa tiada renovasi sedang dijalankan seperti yang dikatakan oleh pihak sekolah

Walaubagaimanapun kisah ini masih disiasat.

0 comments:

Post a Comment