Bakat Youtube, Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad
Kasim, 20, akui pernah diugut mahu dibelasah oleh beberapa orang awam
kerana video paraodi yang dilakukannya.
Bobo berkata ramai orang awam yang membencinya sehingga dicaci dan diugut sehinga begitu sekali ketika dia berada di luar.
"Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi
sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di
dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di
laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di
hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.
"Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya
supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu
belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan
ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga
kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya," katanya
kepada murai.com.my selepas Majlis Iftar MIG 2013 di Restoran Shogun,
Sunway Pyramid, baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment