Kini demam video viral " Budak Couple Seminggu" telah beransur pudar. Walaubagaimanapun pihak murai telah mendapatkan Najwa Latiff untuk memberi komen tentang video tersebut apatah lagi setelah budak perempuan itu memilih lagu Najwa di dalam videonya.
Jom layan berita dari MURAI:
Sejak awal Ramadan lagi heboh orang di sana sini terutamanya laman
sosial Facebook dan Twitter memperkatakan mengenai sebuah klip video
yang dimuatnaik gadis berusia 14 tahun kepada kekasih hatinya setelah
seminggu mereka bergelar pasangan kekasih.
Di dalam video tersebut turut memaparkan gadis bertuding litup tersebut
memilih lagu Najwa Latif, Sahabat, untuk dinyanyikan kepada teman
lelakinya. Difahamkan. mreka mula bercinta selama seminggu. Perkara ini
telah mengundang reaksi pelbagai pihak yang rata-rata kurang senang
dengan kejadian ini.
Kesempatan menemui Najwa Latif pada majlis perasmian Dikir Aidilfitri
di Plaza Sungei Wang baru-baru ini telah memberi peluang kepaada portal
Murai untuk mendapatkan komen daripadanya mengenai isu inui, lebih-lebih
lagi apabila banyak pihak mengaitkan nama Najwa kerana dia dikatakan
sumber inspirasi kepada remaja yang masih dibangku sekolah untuk
melakukan perkara-perkara sebegini.
"Saya sendiri belum berkesempatan untuk menonton video tersebut. Tetapi
saya memang ada terdengar mengenai video yang diperkatakan itu. Pada
saya itu terpulang kepada mereka yang menilai. Saya tidak boleh komen
mengenai video tersebut atau apa yang telah dilakukan gadis tersebut.
"Lagipun lagu Sahabat yang dia nyanyikan itu bukan bermaksud atau
merujuk kepada teman lelaki atau kekasih. Ia memang ditujukan kepada
sahabat, tetapi terpulanglah bagaimana dan kepada siapa ia disampaikan.
Itu sahaja,"jawab Najwa apabila di tanya mengenai klip video 'Budak Baru
Couple Seminggu' yang dikatakan mengambil inspirasi daripada penyanyi
tersebut.
betul la ape yg najwa ckp...
ReplyDeletexboleh nk salahkn dia kalau budak tu yg salah tafsir mksud lagu tu...