11:02 0

Ashraf Muslim Beri Kenyataan, Nafikan Pendedahan Bekas Tunang Sakinah

Semalam di Melodi, seorang lelaki mendakwa dirinya bekas tunang Sakinah telah tampil memberi kenyataan tentang hubungannya dengan Wan Sakinah  [ baca sini ]

Lelaki itu mendakwa yang pertunangan beliau dan Wan Sakinah terputus kerana wanita itu menjalin hubungan sulit dengan Ashraf Muslim selain mendakwa hubungan mereka berdua telah pun terjalin lama.

Menerusi Kosmo! hari ini, Ashraf Muslim tampil menafikan semua dakwaan yang dibuat lelaki tersebut dan mengatakan semua cerita yang telah disampaikan adalah satu pembohongan.

“Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul”

“Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua” 

“Apabila terlalu ramai yang cuba ambil ‘bahagian’ dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih,” tambah Ashraf Muslim lagi yang meminta semua pihak supaya menghormati & tidak masuk campur dalam soal ini.

-Gambar Kahwin Ashraf dan Sakinah di Thailand [ KLIK SINI ]
-Ashraf Mungkir janji, tidak hadiri forum, elak media[ KLIK SINI ]

0 comments:

Post a Comment