17 Julai 2013 di Blok 8, PPR Desa Tun Razak Sg.
Besi, seorang murid sekolah berumur 11 tahun meninggal dunia kerana
tersepit di pintu lift di flat kediamannya.
[lagi gambar di sini] --> [ 11 lagi GAMBAR-klik sini ]
Balai Bomba dan Penyelamat
Bandar Tun Razak yang tiba ditempat kejadian pada jam
13.16 untuk respon panggilan kecemasan Lift tersangkut . Apabila bomba
membuka pintu lift di tingkat 3, berjaya menyelamatkan seramai 17 orang
di dalam lift .
Selepas itu ,menerima maklumat dari mangsa-mangsa yang
terperangkap menyatakan terdapat seorang budak tersepit di pintu lift
antara tingkat 2 dan 3.
Mangsa yang dikenali Khairul Amir Azri
bin Lani dikatakan cuba memanjat keluar daripada lift tersebut dengan
didahului kepala ,namun badan mangsa masih lagi berada di dalam lift.
Malangnya dengan secara tiba-tiba lift tersebut bergerak turun
perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal menyebabkan leher mangsa terkepit
antara lantai tingkat 3 dan lift. Mangsa didapati cedera parah di leher
dan meninggal dunia di tempat kejadian .
lagi gambar di sini --> [ 11 lagi GAMBAR-klik sini ]
0 comments:
Post a Comment