10:42 2

Doktor Wanita Putus Jari Ditetak Penyamun

Seorang doktor wanita putus ibu jari kiri akibat ditetak penyamun bersenjatakan parang sebaik mangsa keluar dari polikliniknya di Jalan SS19/6, Subang Jaya dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mangsa juga hampir terputus jari kelingking kiri serta cedera di lengan kiri akibat kejadian itu.

Ketika kejadian pada 1.20 pagi itu, mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an diserang suspek ketika menuju ke keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta sebelum merampas beg tangan mangsa.

Doktor berkenaan telah menghantar mangsa ke Sime Darby Medical Centre Subang Jaya untuk dirawat dan keadaannya kini stabil

Katanya suspek dipercayai melarikan diri menunggang motosikal Honda EX5 bersama seorang lelaki lain. - Bernama


Gambar Suspek:

2 comments:

  1. Macam pernah nampak Tapi tak perasan pula dia nak motor apa masa tu. Saya ingat yang bertopi tu jer. Tapi mungkin juga salah orang kot. Sebab masa saya nampak orang macam dalam gambar ni berada di puchong permai. Mungkin orang lain.

    Tapi masa tu nampak orang tu tengah pukul budak yang berjalan dengan perempuan. [Tak pasal2 kena pukul].

    ReplyDelete
  2. Lupa pulak.... yang saya maksudkan tadi, yang berbaju hitam tu.

    ReplyDelete