14:00 0

David Teo tunggu hidayah peluk islam




Produser Jutawan Malaysia - David Teo Belajar Islam

Jika siapa selalu ikuti kisah produser jutawan syarikat MIG -  David Teo, 49 tahun, tentu tertanya-tanya kenapa dia sering ikut ajaran Islam dalam beberapa hal, tetapi dia sendiri masih belum masuk Islam?

David sudah terbitkan 96 judul filem sejak filem pertamanya Syukur 21 pada 2000 dan banyak drama. Pada Aidilfitri nanti, filem terbarunya, Adnan Sempit 3 akan ditayangkan. 

Setiap kali David Teo nak lancarkan filem atau drama baru, dia wajibkan panggil ustaz baca doa selamat. 

Saya percaya, saya boleh jadi kaya dalam industri ini apabila kita ikhlas dan jujur dengan Tuhan. Sampai untungnya tak terkira,” David Teo

Sebelum Selepas Penggambaran David Teo Minta Ustaz Baca Doa

Begitu juga bila nak mulakan penggambaran dan selepas selesai penggambaran, dia minta ustaz bacakan doa juga.

David juga kerap amalkan bersedekah dan agihkan rezeki kepada yang memerlukan. Dia tidak kedekut, murah hati, tidak sombong dan suka berbuat baik dengan orang.

Bahkan David melakukan korban kambing dan lembu pada setiap Aidiladha. Tahun lepas dia korbankan 22 ekor lembu.

David yakin, bila kita selalu bersyukur kepada Tuhan dan berkongsi rezeki yang kita dapat, Allah akan lipat gandakan rezeki kita. 

“Saya percaya, saya boleh jadi kaya dalam industri ini apabila kita ikhlas dan jujur dengan Tuhan. Sampai untungnya tak terkira,” jelas David Teo bersungguh-sungguh ketika kami duduk semeja pada majlis Malam Penghargaan Industri Filem 2013 di Kuala Lumpur, 6 Julai lalu.

David Teo Belajar Dalami Mengenai Islam

Dari mana David belajar ajaran Islam? Katanya, ketika tinggal serumah dengan sahabatnya, Ustaz Ibrahim dari 1989 hingga 1994 di Batu Pahat, Johor.

Ustaz itu menghadiahkan tafsir Al-Quran dalam bahasa Melayu kepada David Teo dan sebelum tidur, ustaz akan bercerita pasal ajaran Islam.

“Saya sangat ingat, ustaz suruh saya sedekah dan kongsi rezeki. Saya pun pergi cari orang miskin,” cerita David yang ramah mesra orangnya.

Bila pula David Teoh Nak Masuk Islam?

“Saya tunggu hidayah daripada Tuhan,” jawabnya tersenyum.

David Teo berasal dari Pekan Jabi, Segamat, Johor dan berkahwin dengan Jane Lim, 22 tahun lalu. Hidup mereka bahagia mendapat empat orang anak.

Sempena Ramadan ini, David Teo bersama artis-artis MIG Talent meraikan penghuni tiga rumah kebajikan di Selangor pada majlis berbuka puasa dan bersedekah duit raya iaitu Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah di Jalan USJ1/18, Subang Jaya pada 17 Julai, Rumah Amal Limpahan Kasih, Kampung Sri Aman, Batu 13 Puchong (19 Julai) dan di Rumah Amal Kasih Bestari, Jalan Bestari, Kampung Melayu, Subang (24 Julai). -BeritaHarian.

0 comments:

Post a Comment