Searching...
14:15 0

Nenek 82 tahun jadi model



Banyak orang yang menyangka bahawa untuk menjadi model, maka seseorang mestilah cantik, langsing dan muda. Bahkan orang yang berada dalam dunia modelling bermati-matian diet dan rawatan untuk menjaga kecantikannya sebagai model.


Meskipun Sudah bergelar nenek, Wanita Ini Diterima Menjadi Model
Namun, nenek berusia 82 tahun yang bernama Jacquie 'Tajah' Murdock,mungkin ramai orang akan mengatakan bahawa dia mungkin sudah menjadi model selama bertahun-tahun,walhal dia hanya baru sahaja menceburi dalam bidang permodelan ini.

Murdock direkrut oleh sebuah label Perancis bernama Lanvin. Alber Elbaz lah yang telah mencari Murdock dari beberapa peserta model yang ikut audisi. Menurutnya, nenek yang sudah mempunyai 10 orang cucu itu mempunyai jenis dan karakter yang diinginkannya.
Menjadi model di usia ini tentu saja membuat Murdock merasa cantik dan lebih muda. Dunia modelling dengan pelbagai gaya fashion membuatnya merasa seperti masih di usia 20-an.





"Kadang-kala aku bercerita tentang wanita tua yang aku lihat.Sampai aku lupa aku sudah menjadi sebahagian daripada mereka," sendanya.
Sebagai seorang model baru, penampilannya memang mempunyai daya tarik dan aura fashion yang tinggi. Namun menurutnya, semua ini tidak baru saja bermula. Melainkan melalui kerja keras sejak lama. "Banyak orang mengira hidupku mewah, namun sebenarnya kita juga harus bekerja keras untuk semua ini . Tidak ada yang tiba-tiba jatuh dari langit," ujarnya.

Murdock mengatakan bahawa selama ini dia ingin menjadi salah satu model di catwalk, namun di negara tempat ia tinggal, ia terbantut oleh latar belakangnya yang merupakan keturunan Amerika dan Afrika. "Aku ingin menjadi seperti Josephine Barker atau model kelas atasan, namun kesempatan itu sangat jarang bagi wanita dengan kulit berwarna seperti kami," ceritanya.
Sebelum ini, Murdock pernah cuba menjadi model, namun gagal. Ia lantas menjadi penari di Teater Apollo. Mesti pun begitu, latar belakang pendidikannya sangat bagus dan sudah memperolehi gelaran master di Universiti New York.

Murdock mengatakan bahawa ia jarang menggunakan jeans. "Kecuali jeans putih. Kerana jeans itu terlalu umum. Aku biasanya menggunakan gaun. Aku suka tampil berbeza. Aku punya pandangan sendiri dan aku tak peduli apakah hiasan ku mahal atau murah," kata wanita ini.
Alber Elbaz khabarnya sangat berpuas hati dengan setiap foto yang dihasilkan dari Murdock.Meski pun sudah bergelar nenek, tapi Murdock membuktikan bahawa hidup tidak berhenti berkarya di usia senjanya.

0 comments:

Post a Comment