Searching...
12:28 0

Dream Sisters Tak Tiru Keeping Up With Kardashians – Anis Nabilah

Anis ialah seorang chef selebriti dan dia dan 3 orang adik beradiknya ada program realiti yang diberi nama Dream Sisters.




Ramai yang menyamakan Dream Sisters dengan rancangan Hollywood, Keeping Up With Kardashians. Malah ada yang menyatakan program ini terlalu kebaratan dan tiada nilai Islam di dalamnya.

Anis Nabilah dengan tegas menafikan programnya itu menciplak Keeping Up With Kardashians. Berkata kepada Berita Harian, Anis Nabilah memberitahu program terbitannya itu bertujuan memberi inspirasi kepada remaja mengejar impian. Kata Anis:-
"Jika buat program dengan kawan, orang akan anggap saya macam Paris Hilton pulak. Orang akan cakap apa saja kalau mereka tidak berpuas hati. Bagi saya, apa yang kami paparkan lebih kepada memberi inspirasi kepada remaja dalam mengejar impian mereka.
Ini bukan drama, sebaliknya realiti kehidupan kami yang sebenar. Takkanlah bersolat pun hendak ditunjukkan. Itu antara kita dengan Allah. Kami masih memaparkan budaya Melayu dan agama ketika perkahwinan adik saya di sebuah masjid.
Kehidupan kami sebenarnya sama saja seperti orang lain. Tidak ada apa yang membezakan kami dengan wanita di luar, cuma mungkin orang nampak kami di TV, jadi orang anggap kami mewah. Hakikatnya, rutin harian saya di rumah menguruskan ibu saya yang kurang sihat dan menukar lampin atuk setiap hari."

0 comments:

Post a Comment