Buaya yang diiktiraf sebagai buaya air masin paling besar di dunia mati kelmarin selepas ditemui dalam keadaan terlentang dengan perut kembung di sebuah di kolam di taman eko pelancongan Bunawan kelmarin.
Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde
berkata buaya yang dikenali sebagai Lolong, mengambil sempena nama salah
seorang pegawai hidupan liar yang mati ketika dalam perjalanan ke
Bunawan, menjadi tarikan utama pelancong sejak ditangkap 17 bulan lalu. Kematiannya mencetuskan perasaan sedih dan suasana murung di kalangan penduduk tempatan.
Ketika bercakap pada sidang akhbar di
wilayah Agusan del Sur kelmarin, Elorde berkata pihaknya bercadang
mengadakan upacara khas sebelum bangkai Lolong diawet di sebuah muzium tempatan sebagai peringatan.
Seluruh bandar dan wilayah ini bersedih dengan kematian Lolong, katanya yang menambah, buaya berkenaan berusia kira-kira 50 tahun.
Guinness World Records mengisytiharkan
Lolong sebagai buaya air masin dalam kurungan terbesar di dunia dengan
ukuran 6.17 meter (20.24 kaki), mengatasi seekor buaya Austrlia
panjangnya lima meter (17 kaki) dan berat hampir satu tan - berita harian -
0 comments:
Post a Comment