Suami Panas Baran Sesah Isteri Dengan Tali Pinggang
Dayus !! Tindakan tidak berhati perut seorang petani membelasah isteri dengan
tali pinggang sehingga cedera bulan lalu akhirnya berbalas apabila
mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM5,000 ke
atas tertuduh semalam.
Lebih mendukacitakan, lelaki berstatus mualaf itu sanggup bertindak
ganas ke atas wanita itu hanya kerana dia gagal mendapat wang RM10
daripada isterinya itu untuk membeli arak.
Majistret Nik Habri Muhamad mengenakan hukuman tersebut ke atas Farid
Kamal Bala, 29, selepas dia mengaku bersalah memukul Siti Khadeejah,
32. Siti Khadeejah merupakan mualaf warga Thailand yang memeluk Islam
enam tahun lalu.
Tertuduh didakwa memukul Siti Khadeejah pada pukul 8 malam, 8 Jun
lalu di sebuah rumah di Pondok Terusan Pasir Tumboh dengan menggunakan
tali pinggang menyebabkan wanita itu cedera di dahi, lengan tangan kanan
dan jari kecil tangan kanan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md. Zukri mengendalikan dakwaan
mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua
daripada seksaan tersebut jika sabit kesalahan.
0 comments:
Post a Comment