22:03 0

Guru Penolong Kanan HEM Sekolah Kebangsaan Beris Panchor Bacok Mati Di Tembak

Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi. 

Lihat Gambar Di --> [KLIK-galeri gambar guru di tembak]
 
Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.

Siasatan Awal Polis.

Pada 08/07/2013 jam l/krg 1340 hrs. Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll. Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB untuk bedah siasat yang dijangka akan dijalankan malam ini

Al-fatihah.

Lihat Gambar Di --> [KLIK-galeri gambar guru di tembak]

0 comments:

Post a Comment