Searching...
11:39 0

Hattan Selamat Bernikah dengan Arianie

Bertempat di Marriott Putrajaya hari ini penyanyi popular, Datuk Hattan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya.

lagi gambar di --> [KLIK SINI]

Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin selamat bergelar suami kepada Arianie dengan dua kali lafaz sekitar jam 6.00 petang dalam satu majlis yang diadakan penuh ringkas.

Pasangan itu disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005.

Berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Hattan & Arianie yang sempat jurugambar kami rakamkan untuk tatapan anda semua. Tahniah buat pasangan pengantin baru ini.




-rotikaya-

0 comments:

Post a Comment