Bercakap kepada GUA semalam di majlis Anugerah Syawal TV3, Nora
Danish berkata beliau berkemungkinan akan beraya bersama sama Fasha
Sandha kali ini di rumah keluarga bekas mertuanya di Ipoh, Perak.
“Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di
Ipoh, Perak & selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal
pergi bercuti pula”
“Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya
pada hari raya pertama di rumah bekas mertua di Perak. Lagipun saya
memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti rendang tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama”
“Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana,” tambahnya lagi.
-rotikaya-
0 comments:
Post a Comment