Kuala Lumpur: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, memfailkan
saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik produser dan pengarah
Erma Fatima kerana mendakwa syarikat produksi itu gagal melunaskan baki
bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu
arahan pengarah terbabit, tahun lalu.
Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Sivil, Kompleks
Mahkamah, Jalan Duta, di sini, semalam melalui syarikat guaman Azam,
Idzham, Azman & Partners. Drama Dejavu Di Kinabalu diterbitkan
sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap
Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012.
Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha,
Nazim Othman dan Aishah Ilias.
Menurut Rabecca, dia tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenai kes itu kerana masih dalam perbicaraan.-metro-
0 comments:
Post a Comment