13:55 0

Iqram Dinzly Akui Terkilan Dengan Sikap Fouziah Gous

Iqram Dinzly berkata beliau terkilan apabila hanya mengetahui pertunangan Fouziah Gous menerusi media & hanya diberitahu oleh tuan punya badan kira kira dua minggu dari tarikh majlis.

“Saya ralat melihat cara dia seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya”

“Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah”

“Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam,” tambah Iqram Dinzly lagi yang mengakui tidak berhubung dengan Fouziah Gous sejak pertunangan aktress itu.

-rotikaya-

0 comments:

Post a Comment