11:01 0

Sasha Saidin Komen Hubungan Adiknya dan Rozita Che Wan


Umum tahu percintaan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Malahan bakal berkahwin penghujung tahun ini. Berkesempatan berjumpa sendiri dengan kakak Zain, Sasha Saidin memberi peluang untuk merisik tentang persiapan perkahwinan adiknya.
Namun terang Sasha dia sendiri tidak tahu apa-apa tentang persiapan. Kerana jelas Sasha, Zain terlampau sibuk dengan jadual lakonan. Mereka berdua sendiri sudah lama tidak berjumpa walaupun jarak rumah mereka hanya beberapa blok sahaja.
Dek kesibukan jadual masing-masing berita perkahwinan Zain dan Che Ta Cuma diketahui Sasha melalui akhbar apabila pihak media sibuk mencarinya untuk mendapatkan kenyataan bagi pihak adiknya.
Walaupun baru dua kali bersua muka dengan Che Ta, Shasha yakin Che Ta mampu menjaga adiknya. Jelas Sasha, Zain ternyata amat susah untuk ditundukkan. Namun Che Ta berjaya menundukkan Zain.
“First time jumpa dia masa tu birthday party. Tu pun tak sempat borak. Sebab kami duduk jauh-jauh. Second time jumpa masa Che Ta teman Zain mengundi”
“Bagi saya dia okay. Sopan santun. Cakap pun lemah lembut, well mannered dan sangat jaga penampilan. Asalkan my brother happy, I okay”
“I respect pada pasangan yang macam ni. Bagi mereka usia bukan isu. Lagipun yang nak berkahwin dengan Che Ta is Zain, bukan I”
Namun Sasha akui dia tidak boleh menerima lelaki muda untuk dijadikan pasangan.
“Bukan takde yang muda-muda datang cuba tapi I rasa macam bercinta dengan adik sendiri. I tak rasa I boleh. Tapi kalau muda 2, 3 tahun takde masalah. Kalau yang muda tapi matang, okay je”
Melihat adiknya yang tidak lama lagi bakal berkahwin, Sasha akui dia inginkan anak. Kalaupun dia berkahwin kelak, kerana dia rindu untuk mempunyai anak kecil. Shasha teringin memiliki anak perempuan. Namun bukanlah Sasha menolak kehadiran lelaki dalam hidupnya. Dia mengaku meletak target dua tahun kalaupun hendak berkahwin lagi.
Tambah Sasha kali ini dia akan lebih berhati-hati memilih bakal suami. Dia mahukan seorang lelaki yang beriman dan rajin bekerja.
“Kali ni I nak cari suami guna kepala. Bukan guna hati macam yang sebelum ni. Sebelum ni I terlalu percayakan kisah fairytale. Yang penting lelaki tu hardworking, beriman dan tinggi,” cerita Sasha ketawa.
“Ramai kawan I yang suruh cari orang kaya. Orang kaya semua dah ada isteri. I tak mampu kongsi suami. I memang cukup respect pada yang mampu berkongsi suami tu”
Kedua-dua perkahwinan Sasha Saidin sebelum ini pernah gagal. Perkahwinan pertamanya bersama Johan Abdullah Skinner. Perkahwinan keduanya bersama Salyo dikurniaankan seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun, Adam Aryasenna Notosoemarsono.
Setahun bercerai, Salyo belum pernah berjumpa anak mereka. Cuma skype yang menjadi penghubung dua beranak ini. Berkemungkinan besar Sasha akan membaya Arya berjumpa ayahnya pada Aidil Adha nanti. Raya Aidil Fitri ini Sasha akan beraya bersama ibu dan anaknya. Pada petang hari raya pertama hasha akan ke kampung ibunya di Gombak untuk menikmati masakan minang keluarga sebelah ibunya.

0 comments:

Post a Comment