Searching...
10:10 0

Ke mana Piya menghilang?

Ke mana Piya menghilang? Itu persoalan yang timbul di kem skuad Harimau Malaya apabila kapten Kelantan itu atau nama sebenar Mohd Badhri Radzi tidak melaporkan diri bagi sesi latihan pusat kendalian Datuk K Rajagobal yang masuk hari kedua semalam.

Piya boleh dilabel pemain tengah terbaik Malaysia ketika ini walaupun sering diketepikan oleh Rajagopal yang suka bereksperimen sebelum ini.

 Pemain tengah itu dikatakan mengalami kecederaan hamstring dan diarahkan untuk datang melaporkan diri oleh Rajagobal bagi menjalani ujian perubatan dengan pegawai perubatan FAM semalam.

Bagaimanapun Badhri, 31, yang memberi alasan masalah penerbangan sebelum itu masih tidak muncul semalam sekali gus mengundang tanda tanya sama ada dia benar-benar cedera ataupun sebaliknya.

Namun Rajagobal yang ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan semalam tidak mahu membuat rumusan lebih awal sebaliknya akan meminta penjelasan pemain perancang The Red Warriors itu.

“Kita mahu tahu apa sebab sebenarnya sebelum kita buat kesimpulan. Saya akan meminta penjelasan daripada Piya atau KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) kerana itulah polisi FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). -metro-

0 comments:

Post a Comment