Searching...
10:13 0

Kes Curi Farah AF Terjawab



 
Sepanjang minggu lalu, Farah AF atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar menjadi tumpuan ramai apabila beliau dituduh mencuri dan terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program TV.

Pengacara,penyanyi dan pelakon ini dituduh sering tidak memulangkan baju yang dipinjamkan untuk tujuan penggambaran & satu ketika ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah AF ini.

Pihak tersebut meletakkan kertas kertas yang dicetak seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya — apabila dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja.

“Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya”

“Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa,” jelas Farah AF kepada Kosmo! hari ini.

Ketika kejadian itu berlaku, Farah AF mengakui hampir pengsan dengan tuduhan serta cercaan yang dilemparkan kepadanya dan usaha beliau untuk menghubungi ayah serta suaminya gagal kerana telefon bimbit kehabisan bateri.

Menurut Farah AF lagi, isu duit itu sudah pun selesai dan menurutnya tuan empunya duit itu lebih bersahaja dengan isu ini berbanding orang disekeliling yang melebih lebih.

0 comments:

Post a Comment