22:10 0

Pelakon drama Juvana tertikam tangan sendiri




Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon,  Shukri Yahaya apabila dia tertikam tangannya sendiri ketika menjalani penggambaran drama 'Menjinak Ombak'.

Wartawan yang berjaya menghubungi Shukri melalui kekasihnya memberitahu kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5 petang, semalam.

 "Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.


"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan megikatnya ke tangan saya," ujar Shukri Yahaya yang terus dibawa ke Hospital Selayang.


Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.


Menurut Shuk lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.





0 comments:

Post a Comment