Seronok bila ponteng puasa
SENAI - “Saya sedar puasa itu wajib, tapi saya gagal kawal nafsu, malah jadi seronok apabila dapat makan ketika orang lain berpuasa,” luahan seorang kaki ponteng puasa, Lokman (bukan nama sebenar).
Dia yang bekerja sebagai pengurus besar di salah sebuah kilang di sini dan mempunyai empat anak mengakui sikapnya itu terbawa-bawa sejak bujang.
“Nak kata saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama, tidak pula kerana saya bersekolah aliran agama dari kecil, malah kedua ibu bapa saya amat garang.
“Kami mempunyai adik beradik yang ramai dan kehidupan masa kecil susah kami telah terbiasa makan sikit atau ada kalanya terpaksa berpuasa kerana bapa tidak mampu,” katanya yang kini berusia 48 tahun.
Katanya, kegiatannya itu diketahui isterinya dan mengakui di awal perkahwinan, dia akan ke lokasi-lokasi tertentu, namun lama-kelamaan dia lebih berani membawa bekalan makanan pulang ke rumah.
“Bukan isteri tidak lihat dan tegur, malah anak-anak pernah melihat saya makan di rumah.
"Entahlah, susah nak cakap... benda kita dah biasa buat, sukar untuk berubah.
“Moga-moga akan dibuka pintu hati ini untuk berubah dan saya juga ingin berubah, cuma tidak tahu bila dan bagaimana?” katanya.
Biarpun begitu, dia bersyukur kerana anak-anaknya berpuasa seperti mana yang dituntut dalam Islam.
Dia juga berterima kasih kepada isterinya yang juga seorang suri rumah kerana mendidik anak-anakny untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga.
Lokman berkata, biarpun sedar tindakannya itu boleh dikenakan hukuman denda dan penjara, namun dia mengakui belum pernah kantoi atau dicekup.
Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment