Searching...
18:16 1

Takziah, Ainan Tasneem Kemalangan Jalanraya



Penyanyi yang popular di Youtube, Ainan Tasneem telah mengalami kemalangan di lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) pada jam 2.30 petang semalam.

Ketika kemalangan berlaku, Ainan dan rakannya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.

Kejadian semalam di lebuhraya NPE. 21 Julai around 2.30 pm. Alhamdulillah…. Nothing happen to me and my bestfriend.

Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat impact yang terlalu kuat.We were on our way to Bandar Tasik Selatan.

Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kita orang nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.


Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar. Alhamdulillah tayar kereta terkeluar dari tempat tayar so besi tu tersekat dekat longkang.Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah tu je.Nauzubillah. Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas…



To people out there, please.. Drive safely. Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap :( Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Tq Allah for giving us chance to live.
Takziah diucapkan kepada Ainan dan diharapkan agar penyanyi ini akan cepat sembuh. 
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali”.

p/s: -Ucapan istirja (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un). bukanlah hanya untuk kematian seseorang. Dalam Tafsir Jalalain diceritakan baahwa suatu ketika lampu pelita Nabi saw. padam, maka beliau pun mengucapkan istirja`(Innalillah…..), lalu kata Aisyah, “Bukankah ini hanya sebuah lampu!” Jawabnya, “Setiap yang mengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti musibah.” Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kumpulan hadis-hadis mursalnya.


1 comments: