10:01 0

Shila Amzah Minta Ibu Pilih Calon Suami

Terkini dari Shila Amzah. Penyanyi yang sedang menempa nama di China itu telah menyerahkan soal jodoh kepada keluarganya. Mungkin kerana serik dengan pilihan sendiri yang ternyata tidak bersesuaian dengannya.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, dia telah meminta ibunya, Fauziah Sarman untuk memilih mana-mana lelaki pilihan keluarga sekiranya ada yang sesuai untuk dijadikan suami.

"Memang saya meminta ibu carikan jodoh jika ada yang sesuai kerana pilihan mereka pastinya adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun, andai kata saya bertemu dengan lelaki pilihan sendiri, saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan," katanya.

-mstar-

0 comments:

Post a Comment