Searching...
10:27 0

Sidang Media Ashraf Muslim

Petang semalam berlangsung sidang media khas bersama Ashraf Muslim untuk pelakon itu memberikan kenyataan tentang kontroversi pernikahan kedua beliau.

-8 Gambar sidang Media Ashraf -->[ LIHAT SINI ]  

Ashraf Muslim dilaporkan menyangkal dakwaan ramai yang mengatakan beliau berkahwin lain kerana kegagalan mendapat zuriat dalam perkahwinan pertama dengan Noor Dayana.

“Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan zuriat”

“Saya mengenali Sakinah sudah lama tapi kami hanya berkawan sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna”


Ashraf menegaskan bahawa Dayana tidak pernah minta untuk dilepaskan malah dia juga sayangkan kedua isteri dan keluarga mereka.

 

Ketika ditanya tentang hubungan isteri-isterinya Ashraf menjawab, "Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok." Mereka sudah berbaik dan hubungan mereka semakin baik. (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama).

Ashraf Muslim menjelaskan lagi keputusan beliau untuk bernikah di negara Thailand pada 7 Julai lalu adalah kerana berlaku beberapa perkara yang tidak dijangka — namun tidak dijelaskan apa yang telah berlaku.


Ditanya mengapa beliau memilih untuk bernikah di luar negara sebelum menerima kebenaran mahkamah, jawabnya,


"Itu satu keputusan yang susah untuk saya buat. Beribu kali saya berfikir. Saya rujuk dahulu pada ustaz dan pakar kaunseling. Saya bagitau pada Dayana dan keluarga mertua.

 

"Tetapi dalam tempoh itu, timbul pula perkara-perkara diluar jangkaan. Itu yang menyebabkan saya buat keputusan berkahwin di Thailand.

 

"Dayana tidak tahu yang saya berkahwin di sana. Saya rancang nak beritahu dia pada keesokan harinya. Tapi belum sempat saya beritahu, dia sudah tahu dahulu kerana dia menjumpai tiket penerbangan saya. Apa nak buat... Tuhan nak tunjuk.
 
“Saya mahu jaga hati ramai pihak dan pada asalnya ingin memberitahu semua selepas semuanya selesai,” jelas Ashraf Muslim.

“Namun sebelum sempat untuk beritahu Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya,” terangnya.

Ashraf juga memohon maaf di atas segala yang terjadi kepada semua pihak terutamanya kepada isteri-isterinya, keluarganya dan juga keluarga isteri-isterinya dan juga para peminat. 

 

"Sekarang ini saya masih dalam proses memujuk dan redakan keadaan. Saya mahu mohon maaf dari semua pihak. Insya-Allah jika segalanya sudah reda saya akan buat kenduri doa selamat," kata Ashraf yang mengakui kesilapannya.

 

"Saya berharap peminat doakan yang terbaik buat perkahwinan saya. Saya juga berharap lagi janganlah aibkan kami dan saya juga mahu menjalani kehidupan yang terbaik selepas ini. Saya sayang semuanya dan jika selepas ini ditawarkan untuk sesi fotografi saya akan bawa kedua-dua isteri bersama," sambung Ashraf yang turut menafikan puisi yang tersebar di laman sosial yang didakwa hasil nukilan Dayana adalah tidak benar dan ditulis oleh pihak lain. 



0 comments:

Post a Comment