Searching...
13:43 0

Tiz Zaqyah Jadi Penyanyi - Mula Rakam Lagu Dengan SleeQ

Heroin drama "Nur Kasih", Tiz Zaqyah ternyata memang berbakat dalam bidang nyanyian apabila dia akan berpadu suara dengan SleeQ dan Zain Saidin dalam lagu 'Together'

Lagu ini akan menggantikan lagu "Oh! My English" nyanyian Liyana Jasmay dalam siaran televisyen "Oh! My English".

Sebelum ini, kita pernah dengar tentang Tiz yang mempunyai suara yang sedap. Ini terbukti dengan beberapa video Tiz Zaqyah menyanyikan lagu 'Rolling In The Deep' dan 'Someone Like You' diiringi petikan 'strumming gitar' daripada pelakon dan penyanyi Aqasha di laman YouTube.

Ramai yang mengatakan suara Tiz memang lunak dan mantap. Jadi, lagu-lagu yang mantap dan 'range' besar memang sangat sesuai dinyanyikan pelakon "Cinta Jangan Pergi" ini. -yahoo-

0 comments:

Post a Comment