13:46 0

KL Gangster 2 Sedia Gegar Panggung Wayang

Filem kelapan arahan Syamsul Yusof, "KL Gangster 2" dijangka akan ditayangkan pada Oktober ini kira-kira di 100 buah pawagam.

Dipetik daripada laporan Berita Harian semalam, Syamsul yang memegang tanggungjawab sebagai pengarah dan pelakon mengakui ia merupakan cabaran besar buatnya kerana ia memerlukan fokus bagi memastikan setiap babak disempurnakan seperti dirancang.


"Bukan tidak boleh menyelesaikan filem ini cepat, tetapi saya tidak mahu dikenali sebagai pengarah yang mahu mengejar keuntungan.

"Saya mahu filem yang dihasilkan akan terus diingati penonton dan itu yang membuatkan saya teliti kerana sebagai pengarah, saya mencari kepuasan dalam berkarya," ujarnya.

Baginya, dia tidak ingin mengambil sikap lepas tangan dan lebih berpuas hati jika terbabit daripada proses awal hingga akhir untuk memahami perjalanan pembikinan filem tersebut.

Filem sekuel "KL Gangster" ini menelan belanja sebanyak RM4 juta dan menampilkan pelakon lelaki terkenal iaitu Rosyam Nor, Aaron Aziz dan Adi Putra.

Syamsul berkata, dia telah lama mempunyai impian untuk bekerjasama dengan Rosyam dan bertuah bertuah apabila diberi peluang tersebut. Baginya, Rosyam dilihat sebagai seorang pelakon hebat yang harus dijadikan contoh oleh pelakon-pelakon baru.

"Saya melihat kesungguhan kerja yang dilakukannya, malah dia sentiasa memberi sesuatu yang lebih daripada apa yang saya jangkakan.

"Sesetengah pelakon berpengalaman mungkin keberatan untuk menerima nasihat dan teguran pengarah muda, tetapi perkara itu tidak berlaku pada Rosyam. Dia hormat dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya, malah dia juga sentiasa membantu untuk mencantikkan babak," katanya lagi.

Syamsul kini sedang sibuk menyiapkan proses akhir bahan promosi filem ke-29 terbitan Skop Productions ini termasuk treler filem di Bangkok, Thailand.

0 comments:

Post a Comment