23:00 3

Gambar Bekas Kekasih Zizan



Gambar Bekas Kekasih Zizan

Inilah Leez, iaitu bekas kekasih kepada Zizan yang juga penyanyi dan pelakon. Leez mula dikenali selepas menyertai Akademi Fantasia 4.


Kisah cinta pertama Leez bermula selepas terkeluar dari rancangan tersebut dan bertemu dengan pelawak dan pelakon dari rancangan Raja Lawak, Mohd. Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali dengan Zizan.

Pasangan tersebut kemudiannya menjalinkan hubungan cinta secara serius pada penghujung tahun 2007. Ditanya bagaimana mereka boleh terpikat satu sama lain, semuanya bermula dari ikatan persahabatan yang kemudiannya bertukar rasa sayang tanpa disedari.

Hubungan tersebut juga membataskan langkah pelakon yang dikenali dalam drama Di Bawak Ketiak Isteri di Astro Prima ini. Leez tiba-tiba menjadi terlalu pemilih dalam soal tawaran berlakon dan menyanyi. Sikapnya itu mungkin dipengaruhi dengan pendirian kekasih yang tidak suka Leez terlalu banyak masa di lokasi.

Pada masa yang sama, Leez mengakui bahawa cinta yang mendalam terhadap Zizan buat dia 'mabuk' sehingga mereka berpisah pada awal 2009.

"Kalau dikenang balik, memang bodoh sebab terlalu bersedih kerana seorang lelaki, tapi saya tak boleh bohong perasaan sendiri. Mungkin saya terlalu mencuba pertahankan cinta pertama, walaupun perbuatan itu buat derita saya kian bertambah.


“Terus-terang saya katakan saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa. Sampai saat ini pun, saya masih tidak tahu sebabnya.
“Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, populariti mungkin boleh mengubah segala-galanya. Saya terima. Awalnya agak sukar jugak untuk saya terima hakikat tersebut”
“Malah, hampir setahun lamanya saya terpaksa ambil kekuatan untuk meneruskan semula kehidupan seperti biasa. Syukurlah kerana saya sentiasa dikelilingi keluarga dan kawan-kawan. Mereka cukup memahami situasi saya serta banyak memberi kekuatan untuk saya,” (murai)




3 comments:

  1. rugi ow zizan... huhhu.. comey tu leez...

    ReplyDelete
  2. Alah ..x pyh kenang2 lg. Rupa mcm ni pye cun..bersusun org menanti.

    ReplyDelete